Wednesday 29 February 2012

Uchuu Kitaaa!!! (Space Is Awesome!!)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Space Is AWESOME!! Haha, ayat Kisaragi Gentarou dalam Kamen Rider Fourze.

Hari ni post aku berkaitan kamen rider. Bukan nak review cerita, review figure kamen rider Fourze yang aku baru beli semalam haha.

Semalam lepas bayar sewa rumah dan duit yuran uitm, aku singgah kejap kedai PlayStorage. Dah lama x pergi, rindu lak kat Mr Tan haha. Aku masuk je, Mr Tan terus cakap “ Hey! Lama x nampak u?” haha ayat tu memang buat aku rasa berbaloi pergi melawat kedai Tan. All customers treated like a friends. Itu yang bagus tentang Mr Tan.

Hajatnya nak beli SHFiguart Knight, dah beli dah pun. Tapi rasa cam xcukup je beli satu. Mr. Tan offer figure kamen rider dari HDM (Hyper Detail Molding) yang dah dibuka. Ada kamen rider Fourze, Black dan Faiz. Ada lagi ShadowMoon dan Faiz Accel, tapi dalam kotak. Chances untuk dapat ShadowMoon atau Faiz memang tipis ah haha. 

Disebabkan oleh aku ni regular customer PlayStorage, Mr. Tan offer utk bukak kotak2 lain untuk dapatkan ShadowMoon. 2 kotak dia bukak, xdapat jugak ShadowMoon. So, aku ambik dua kotak, bukak on the spot…. Sekali dapat ShadowMoon haha memang luck ah, satu lagi kamen rider Fourze.

Kenapa dapat ShadowMoon bertuah? Haaa… kalau korang bukak mudah.my, harga untuk HDM ShadowMoon berharga RM100. Harga sekotak tu cuma RM26 je haha. Kan untung tu.. lagipun ShadowMoon karakter orang jahat yang paling orang cari. Agak valuable la ShadowMoon ni. So kalau korang ada ShadowMoon, Black atau Black RX, simpan leklok. Berharga tu haha.

Oh, kalau korang duduk kat Kelantan, dan cari Hobby Shop, PlayStorage wajib pergi. Confirm puas hati haha. yang mana ada cari gundam2 rare, boleh cuba kat sini. :)

Dah abis cerita aku nak terangkan sal HDM lak.

-          Satu kotak HDM berharga RM26
-          Karakter yang ada: Fourze, Black, ShadowMoon, Faiz dan Faiz Accel
-          Dalam kotak tu dia bagi gula2 boleh dimakan, tapi aku xmakan… was was sebab dari jepun haha.. kalau korang faham la maksud aku.. :)
-          First impression, cantikkk! Kemas dan terperinci
-          Paling cool kat mata kamen rider, berkilat, cam SHFiguarts
-          Tinggi dia dalam 10 cm kot (aku xde pembaris haha)
-          Dan kalau korang ada duit lebih tu, boleh la beli ni.. kot2 dapat ShadowMoon haha.
 




Cantik kan mata Fourze, berkilat.








Bulat kat tali pinggang ShadowMoon pun sama cam mata dia. Detail woo







Ni la kotak HDM RM26 :)

Fourze, Black, Faiz Accel, Faiz, Shadow Moon.

Tuesday 28 February 2012

Nothing much

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.. Hari ni xde update pape sgt..

Xsempat nk amk gmbar utk post baru. InsyaAllah esok ada post baru huhu..

Ni just testing post pakai blogger app utk iphone. Agak useful cuma xleh masuk gambar huhu.

Ok stay tune for more post :D

Monday 27 February 2012

Nintendo 3DS Review


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ni review 3DS lak huhu. Sebenarnya dah lama aku ada 3DS ni, dekat stahun dah, cuma x main sangat. Tengah tunggu Monster Hunter 3ds punya haha.

Nintendo memang sebuah syarikat yang besar, pesaing2 nintendo adalah Sony dan Microsoft. Bagi aku, Nintendo memang pencetus revolusi game. Sejak dari tahun 1978 lagi Nintendo mula dengan color tv game. Yang paling popular bagi kita semua ialah super famicom, ala.. video game tu.. lepas tu keluar pulak Super Nintendo Entertainment System (SNES).

Pada tahun 1989, game boy dicipta. Kalau x silap aku, gameboy adalah handheld console yang pertama, yang boleh tukar2 catridge game. Lepas tu Bandai buat WonderSwan. Dan paling latest Nintendo keluarkan adalah Nintendo 3DS, (Wii U xlancar lg, so x kira haha)

Ok, Nintendo 3DS ni memang banyak benda baru.  Screen lebih besar (belah atas), touchscreen yang lebih responsive, dan color correction yang lg cantik. 3DS dengan Wii xbanyak beza, cuma 3DS ada spot pass dan street pass. Kalau 3ds dalam sleep mode, dan kita melintas orang lain yang bawa 3DS jugak, secara automatic Mii (avatar 3DS sendiri) akan masuk dalam 3DS orang tu dan sebaliknya. 

Feature yang Nintendo cuba utamakan dalam 3DS ialah gambar 3D. kalau korang main 3DS, korang nampak cam benda tu keluar tau, xpayah pakai spek 3d haha. Tp agak pening kena tenung pada 45 darjah dan straight je, xleh pusing2…

PRO:
-          Gambar 3D memang real ah haha
-          Grafik lebih kurang sama dengan Wii
-          Haa, ada circle pad yang selesa
-          Kamera ada dua depan dan belakang (3 sebenarnya, sebab kamera belakang ada 2, berfungsi untuk ambil gambar berbentuk 3D)
-          Ada slider adjust 3D, dan itu memang sangat2 baik sebab boleh adjust berapa kedalaman 3D (skema lak ayat)
-          Korang boleh tukar region sesuka hati, (contoh nak download demo dekat e-shop, kalau region Malaysia, e-shop x berfungsi, aku tukar pada Brazil baru dapat haha. Xmacam Vita, sekali dah buat Malaysia memang xdapat ubah dah T-T )

CONTRA:
-          Main 3D lama2 boleh pening atau sakit kepala haha
-          Shoulder button L dan R kecik x macam DS Lite (bagi aku la)


3DS Aqua Blue, cantikkk
yang putih tu la slider 3D Depth, so korang akan sesuaikan 3D dengan keselesaan mata korang

Ni AR Cards yang dibagi

Fungsi AR Card ni, adalah utk main game, camni. letak AR Card atas permukaan rata...

scan ngan kamera 3DS


nanti dia kuar camni

korang main game berlatar belakang rumah korang cool kan haha


ni lak Mii Plaza, dimana avatar korang bertemu dengan avatar orang lain


Kamera dia suck, haha tapi ok la utk main game je, bukan tuk amik gambar cun cun (PS Vita pn suck gak kamera dia haha)


Sunday 26 February 2012

Uncharted: Golden Abyss Review


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Review PS Vita dah lepas, so aku nak review game lak. Ini game yang dibagi dalam value pack PS Vita. Game ni memang untuk PS Vita. Game ni menggunakan seluruh function PS Vita cam, gyroscope, back panel, touch screen dan dual analog. 

Uncharted Golden Abyss ni agak menarik, ada unsur2 lawak serius yang memang buat aku tergelak time kena kejar ngan orang jahat haha. Kiranya unsur filem diterapkan dalam game ni, bukannya game semata2. Game yang berunsurkan filem memang favorite aku haha.

Grafik Uncharted bagi aku macam game assassin creed revelation utk pc dalam medium resolution. Bayang2 karakter nampak sedikit pixelate atau xsmooth. Still, the graphic way better than PSP for sure. Mungkin sebab diorang compresskan game dalam size kecik kot grafik jadi kureng sket.. tp ni dah paling terbaik untuk handheld console :D

Dalam Uncharted, system gyroscope digunakan dengan baik sekali. Seperti kawal imbangan badan masa melintas jambatan batang kayu, ambil gambar sekitar dan paling best skali, kalau dalam mode aiming, korang leh gerakkan PS Vita aim kat musuh korang. COOL!

Game ni gak ada banyak benda korang kena cari, cam turquoise, brg2 pakcik tua tuh, mystery and so on. Kalau dah abis main game tu leh la main balik cari item2 ni (sepertimana yang aku sedang buat haha)
Overall game ni memang best, dan memang berbaloi kalau beli value pack yang ada Uncharted: Golden Abyss. Cuma game ni terlampau pendek, sehari pun boleh habis haha. 

Kalau ada apa2 pertanyaan atau pape je korang leh comment kat bawah ni atau email je kat aku.  I will answer what I can answer :D


 ni la kotak game PS Vita


 kotak kemain lagi besar, bukak2 kecik je haha


kecik kan, memang cam mudah patah...
ha, system gyroscope time ni amat berguna, korang gerak2 kan ps vita utk aim, cool kan


yang ni pn pakai gyroscope, bagi imbangan badan masa melintas


 all pictures credit to Sony and Bend Studio

PS Vita Review

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Semalam aku ade cakap nak review PS Vita. Ha ni aku tunaikan haha. Aku ade vita ni da dekat 2 minggu dah, baru nak review. Pulun abis2 dulu Vita baru review haha.

Vita ni import Hong Kong, so mahal sket. Baru je 22 feb kuar kat Singapore, murah sket. Kalau dah launch kat Malaysia lagi murah la kot. Aku beli 3G/ Wifi PS Vita value pack berharga RM1660. Mahal kot. Kalau yang wifi lagi murah huhu..

First impression pegang vita…. Aku cuma leh cakap.. WOW! Cantik siot grafik dia, hampir sama dengan PS3. Harap2 nanti PSVita leh main game PS2, aku tak abis main Yakuza 2 lagi… Vita ni agak berat sikit berbanding PSP 2000/3000 tp ringan dari PSP1000. Selesa dipegang, cuma button kecik buat aku risau kot2 rosak..

Malas cerita banyak, aku tulis je pro and con PSVita.

PRO:
-          Grafik memang cun habes
-          Touch screen capacitive, so respond yang smooth tak macam telefon cina haha
-          Ada internal camera, dua lak tu depan dan belakang. PSP dlu kena beli kamera asing
-          Dual analog yang sangat2 best, cam dual shock punya analog.
-          Stereo speaker dia sumpah lagi best, sampai leh dengar bunyi game cam kat sebelah je haha
-          Ada sistem gyroscope yang sangat2 baik
-          Ada built in GPS
-          3G PS Vita amat2 baik berbanding iphone (aku rasa la. Laju je surf pakai vita haha)

CONTRA:
-          Button kecik cam PSP Go, nak main game ganas2 takut rosak.
-          Button Start ngan Select nampak murah, sangat2 euwhh…
-          Game vita dalam bentuk gamecard kecik.. kalau terduduk kompom patah
-          Memory card…. Lagi kecik, kalau jatuh dekat sejam gak nk cari (exaggerated lak haha)
-          Yang aku pelik, kenapa music player xde visualization cam psp, kan cantik ada visual.. xde la plain je…

Cakap banyak xguna, layan la gambar2 ni haha

 ni la kotak value pack

 dalam ni dia bagi PS Vita accessories ngan kota PS Vita

 ada bag, cloth, memory stick 4gb, game uncharted, bekas simpan game,  
screen protector ngan ps vita sendiri

 kecik kan memory card ngan game..

 Start button

Dari kiri: Vol. Up, Vol. Down, err xsure psal ni maybe hdmi kot, Game Card

 Home button, analog ngn dpad.

 Cuba tengok button start ngan select.. nampak murah..

tempat letak memory card

terlupa lak nak masukkan charger haha