Monday 27 February 2012

Nintendo 3DS Review


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ni review 3DS lak huhu. Sebenarnya dah lama aku ada 3DS ni, dekat stahun dah, cuma x main sangat. Tengah tunggu Monster Hunter 3ds punya haha.

Nintendo memang sebuah syarikat yang besar, pesaing2 nintendo adalah Sony dan Microsoft. Bagi aku, Nintendo memang pencetus revolusi game. Sejak dari tahun 1978 lagi Nintendo mula dengan color tv game. Yang paling popular bagi kita semua ialah super famicom, ala.. video game tu.. lepas tu keluar pulak Super Nintendo Entertainment System (SNES).

Pada tahun 1989, game boy dicipta. Kalau x silap aku, gameboy adalah handheld console yang pertama, yang boleh tukar2 catridge game. Lepas tu Bandai buat WonderSwan. Dan paling latest Nintendo keluarkan adalah Nintendo 3DS, (Wii U xlancar lg, so x kira haha)

Ok, Nintendo 3DS ni memang banyak benda baru.  Screen lebih besar (belah atas), touchscreen yang lebih responsive, dan color correction yang lg cantik. 3DS dengan Wii xbanyak beza, cuma 3DS ada spot pass dan street pass. Kalau 3ds dalam sleep mode, dan kita melintas orang lain yang bawa 3DS jugak, secara automatic Mii (avatar 3DS sendiri) akan masuk dalam 3DS orang tu dan sebaliknya. 

Feature yang Nintendo cuba utamakan dalam 3DS ialah gambar 3D. kalau korang main 3DS, korang nampak cam benda tu keluar tau, xpayah pakai spek 3d haha. Tp agak pening kena tenung pada 45 darjah dan straight je, xleh pusing2…

PRO:
-          Gambar 3D memang real ah haha
-          Grafik lebih kurang sama dengan Wii
-          Haa, ada circle pad yang selesa
-          Kamera ada dua depan dan belakang (3 sebenarnya, sebab kamera belakang ada 2, berfungsi untuk ambil gambar berbentuk 3D)
-          Ada slider adjust 3D, dan itu memang sangat2 baik sebab boleh adjust berapa kedalaman 3D (skema lak ayat)
-          Korang boleh tukar region sesuka hati, (contoh nak download demo dekat e-shop, kalau region Malaysia, e-shop x berfungsi, aku tukar pada Brazil baru dapat haha. Xmacam Vita, sekali dah buat Malaysia memang xdapat ubah dah T-T )

CONTRA:
-          Main 3D lama2 boleh pening atau sakit kepala haha
-          Shoulder button L dan R kecik x macam DS Lite (bagi aku la)


3DS Aqua Blue, cantikkk
yang putih tu la slider 3D Depth, so korang akan sesuaikan 3D dengan keselesaan mata korang

Ni AR Cards yang dibagi

Fungsi AR Card ni, adalah utk main game, camni. letak AR Card atas permukaan rata...

scan ngan kamera 3DS


nanti dia kuar camni

korang main game berlatar belakang rumah korang cool kan haha


ni lak Mii Plaza, dimana avatar korang bertemu dengan avatar orang lain


Kamera dia suck, haha tapi ok la utk main game je, bukan tuk amik gambar cun cun (PS Vita pn suck gak kamera dia haha)


No comments:

Post a Comment