Showing posts with label gadget. Show all posts
Showing posts with label gadget. Show all posts

Friday, 25 May 2012

PS Vita WINNER!



Assalamualaykum, seperti mana aku janjikan, hari ni aku announce pemenang PS Vita!
Dan pemenang dia "DEUS".

camne aku wat cabutan ni? aku pakai random picker dari website random picker, so website ni akan pilih sorang dari 25 orang (yang 26 followers  tu termasuk aku :P, so aku xmasukkan nama aku skali)

so, diminta DEUS contact aku kat email: firanalza@yahoo.com, atau comment je kat bawah ni bagi senang aku nk bagi hadiah.. kalau x kontek aku dalam 2 hari, aku terpaksa buat cabutan lain :)

so thanks bagi yang menyertai contest ni. insyaAllah nanti akan ada lagi contest cam ni. :)

terima kasih banyak2.

Deus, cepat contact aku, kalau x, melepas hadiah ni haha.

Thursday, 24 May 2012

Cabutan bertuah dah tutup!

Assalamualaykum, hari ni dah tutup ps vita contest. hari ni aku akan wat cabutan, esok korang tengok la sape pemenang eh. bnyak2 solat hajat :P

Saturday, 19 May 2012

PS Vita PERCUMA!!


Assalamualaikum, lagi 4 hari sebelum tutup cabutan bertuah PS Vita percuma ni. Jadi jangan lepaskan peluang ni. Nak dapat PS Vita? senang je

1- jadi followers blog aku
2- ajak kengkawan join sorang pun jadila
3- komen kat entry ni tentang kenapa ko kena jadi pemenang.
4- tunggu 25 May 2012 nanti aku announce sape pemenang

Cepat2 join! nanti melepas :D

Friday, 11 May 2012

PS Vita Contest!

Assalamualaykum dan selamat sejahtera!

Blog aku ni baru sangat, dan xde pape yang special sangat pun cuma aku merapu je kat blog ni haha. tapi, aku berterima kasih pada yang melawat blog aku ni. dan aku ingat nak buat cabutan bertuah. hadiah dia PS Vita :D

Lumayan x?? haha, aku serius ni. cabutan bertuah ni dipilih melalui followers. so stakat ni followers baru 6 org, so xrelevan kalau nk wat cabutan bertuah.

kalau followers ada dalam 20, baru aku wat amacam?

camne nak join? senang je.

1- jadi followers blog aku
2- ajak kengkawan join sorang pun jadila
3- komen kat entry ni tentang kenapa ko kena jadi pemenang.
4- tunggu aku announce sape pemenang nanti

PS : Cabutan bertuah ni takkan jadi selagi followers tak sampai 20 orang.. 

tarikh tutup sebelum 25 May

Good Luck!

Wednesday, 9 May 2012

PS Vita Malaysia Launch!!


Assalamualaikum dan selamat sejahtera!

Hari ni berita gembira buat semua rakyat Malaysia! PS Vita dah official launch kat Malaysia! Aku terlewat sedikit update blog ni, sebab aku patut bagi tau pasal launch dan ada lucky draw untuk dapat PS Vita kat Pavillion. So sorry banyak2 tak gitau awal2... :(

Kalau dah launch tu aku ingat harga dalam 800 - 1000.. tapi harga untuk wifi model rm1099, so xde beza gak kalau beli yang Singapore punya.. dan Malaysia cuma ada Wifi version sahaja (kalau x silap aku) mungkin yang 3G/Wifi akan menyusur kemudian.

Bagi yang baru nak beli vita, boleh beli sekarang, tp aku cadangkan beli dekat sony terus, xpun beli dari lelong sebab lelong kadang2 lagi murah huhu...

Bagi aku pengguna vita dekat berbulan-bulan dah, rasa happy sangat sebab malaysia dah ada ps store. So boleh download game demo banyak2, video2 promo dan aku dengar kalau beli game dari download lagi murah dari beli catridge game.. (tapi aku tengok tadi harga sama je.. :/ )

So... Ape lagi? pegi beli vita pastu add aku dalam tu : lance_slayers

:D

Monday, 27 February 2012

Nintendo 3DS Review


Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kali ni review 3DS lak huhu. Sebenarnya dah lama aku ada 3DS ni, dekat stahun dah, cuma x main sangat. Tengah tunggu Monster Hunter 3ds punya haha.

Nintendo memang sebuah syarikat yang besar, pesaing2 nintendo adalah Sony dan Microsoft. Bagi aku, Nintendo memang pencetus revolusi game. Sejak dari tahun 1978 lagi Nintendo mula dengan color tv game. Yang paling popular bagi kita semua ialah super famicom, ala.. video game tu.. lepas tu keluar pulak Super Nintendo Entertainment System (SNES).

Pada tahun 1989, game boy dicipta. Kalau x silap aku, gameboy adalah handheld console yang pertama, yang boleh tukar2 catridge game. Lepas tu Bandai buat WonderSwan. Dan paling latest Nintendo keluarkan adalah Nintendo 3DS, (Wii U xlancar lg, so x kira haha)

Ok, Nintendo 3DS ni memang banyak benda baru.  Screen lebih besar (belah atas), touchscreen yang lebih responsive, dan color correction yang lg cantik. 3DS dengan Wii xbanyak beza, cuma 3DS ada spot pass dan street pass. Kalau 3ds dalam sleep mode, dan kita melintas orang lain yang bawa 3DS jugak, secara automatic Mii (avatar 3DS sendiri) akan masuk dalam 3DS orang tu dan sebaliknya. 

Feature yang Nintendo cuba utamakan dalam 3DS ialah gambar 3D. kalau korang main 3DS, korang nampak cam benda tu keluar tau, xpayah pakai spek 3d haha. Tp agak pening kena tenung pada 45 darjah dan straight je, xleh pusing2…

PRO:
-          Gambar 3D memang real ah haha
-          Grafik lebih kurang sama dengan Wii
-          Haa, ada circle pad yang selesa
-          Kamera ada dua depan dan belakang (3 sebenarnya, sebab kamera belakang ada 2, berfungsi untuk ambil gambar berbentuk 3D)
-          Ada slider adjust 3D, dan itu memang sangat2 baik sebab boleh adjust berapa kedalaman 3D (skema lak ayat)
-          Korang boleh tukar region sesuka hati, (contoh nak download demo dekat e-shop, kalau region Malaysia, e-shop x berfungsi, aku tukar pada Brazil baru dapat haha. Xmacam Vita, sekali dah buat Malaysia memang xdapat ubah dah T-T )

CONTRA:
-          Main 3D lama2 boleh pening atau sakit kepala haha
-          Shoulder button L dan R kecik x macam DS Lite (bagi aku la)


3DS Aqua Blue, cantikkk
yang putih tu la slider 3D Depth, so korang akan sesuaikan 3D dengan keselesaan mata korang

Ni AR Cards yang dibagi

Fungsi AR Card ni, adalah utk main game, camni. letak AR Card atas permukaan rata...

scan ngan kamera 3DS


nanti dia kuar camni

korang main game berlatar belakang rumah korang cool kan haha


ni lak Mii Plaza, dimana avatar korang bertemu dengan avatar orang lain


Kamera dia suck, haha tapi ok la utk main game je, bukan tuk amik gambar cun cun (PS Vita pn suck gak kamera dia haha)


Sunday, 26 February 2012

PS Vita Review

Assalamulaikum dan salam sejahtera. Semalam aku ade cakap nak review PS Vita. Ha ni aku tunaikan haha. Aku ade vita ni da dekat 2 minggu dah, baru nak review. Pulun abis2 dulu Vita baru review haha.

Vita ni import Hong Kong, so mahal sket. Baru je 22 feb kuar kat Singapore, murah sket. Kalau dah launch kat Malaysia lagi murah la kot. Aku beli 3G/ Wifi PS Vita value pack berharga RM1660. Mahal kot. Kalau yang wifi lagi murah huhu..

First impression pegang vita…. Aku cuma leh cakap.. WOW! Cantik siot grafik dia, hampir sama dengan PS3. Harap2 nanti PSVita leh main game PS2, aku tak abis main Yakuza 2 lagi… Vita ni agak berat sikit berbanding PSP 2000/3000 tp ringan dari PSP1000. Selesa dipegang, cuma button kecik buat aku risau kot2 rosak..

Malas cerita banyak, aku tulis je pro and con PSVita.

PRO:
-          Grafik memang cun habes
-          Touch screen capacitive, so respond yang smooth tak macam telefon cina haha
-          Ada internal camera, dua lak tu depan dan belakang. PSP dlu kena beli kamera asing
-          Dual analog yang sangat2 best, cam dual shock punya analog.
-          Stereo speaker dia sumpah lagi best, sampai leh dengar bunyi game cam kat sebelah je haha
-          Ada sistem gyroscope yang sangat2 baik
-          Ada built in GPS
-          3G PS Vita amat2 baik berbanding iphone (aku rasa la. Laju je surf pakai vita haha)

CONTRA:
-          Button kecik cam PSP Go, nak main game ganas2 takut rosak.
-          Button Start ngan Select nampak murah, sangat2 euwhh…
-          Game vita dalam bentuk gamecard kecik.. kalau terduduk kompom patah
-          Memory card…. Lagi kecik, kalau jatuh dekat sejam gak nk cari (exaggerated lak haha)
-          Yang aku pelik, kenapa music player xde visualization cam psp, kan cantik ada visual.. xde la plain je…

Cakap banyak xguna, layan la gambar2 ni haha

 ni la kotak value pack

 dalam ni dia bagi PS Vita accessories ngan kota PS Vita

 ada bag, cloth, memory stick 4gb, game uncharted, bekas simpan game,  
screen protector ngan ps vita sendiri

 kecik kan memory card ngan game..

 Start button

Dari kiri: Vol. Up, Vol. Down, err xsure psal ni maybe hdmi kot, Game Card

 Home button, analog ngn dpad.

 Cuba tengok button start ngan select.. nampak murah..

tempat letak memory card

terlupa lak nak masukkan charger haha